Rabu, 9 Januari 2013

MAJLIS PENYERAHAN PAIP BAM KEPADA PENDUDUK

Program    : Majlis penyerahan Paip Bekalan Air Masyarakat ( BAM ).
Tarikh: 2 Januari 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Bandar, Siong, DUN Bayu.
Catatan        : YB Cikgu Johari menyerahkan paip Bekalan Air Masyarakat ( BAM ) sumbangan Kerajaan Negeri Kedah kepada penduduk kampung tersebut melalui Hj.Abd Hamid Abd Raof, MKK Kg.Bandar, Lebih 40 keluarga yang menggunakan bekalan air masyarakat berasa amat bersyukur diatas keprihatinan kerajaan negeri Kedah kerana membekalkan paip baru, Mereka juga turut berterima kasih kepada YB Cikgu Johari kerana berjaya membawa masalah mereka ke pengetahuan pihak kerajaan negeri Kedah, Majlis ringkas ini juga turut dihadiri Jawatankuasa BAM Kg.Bandar serta penduduk kampung berkenaan..

MAJLIS PENYERAHAN PAIP BAM KEPADA PENDUDUK KG.BANDAR

YB Cikgu Johari bersama penduduk dibawa melihat paip BAM sebelum majlis penyerahan.

YB Cikgu Johari menyerahkan paip BAM kepada Hj.Abd hamid Abd Raof ( Kiri ) bersama Jawatankuasa BAM Kg.Bandar serta penduduk.

AKTIVITI YB SEPANJANG MINGGU PERTAMA 2013

Program    : Ativiti Yang Dijalankan Sepanjang Minggu Pertama 2013.
Tarikh: 3-8 Januari 2013.
Masa
Tempat: Sekitar DUN Kupang & Bayu.
Catatan        : Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang minggu pertama 2013 yang dihadiri oleh YB Cikgu Johari di DUN Kupang dan Bayu.

3 JANUARI 2013

6.00 Petang- YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi seorang pesakit di Kg.Luar, Turut kelihatan En.Ramli Hussin, MKK Kg.Luar ( Tengah ).

9.00 Malam- Majlis Himpunan Jentera Pengangkutan PAS Kawasan Baling ( HI-JAP ) yang dirasmikan oleh YB Dr.Hatta Ramli ( Pengarah Pilihanraya PAS Malaysia ) yang diadakan di tapak pasar malam Kg.Lalang, Siong, DUN Bayu.

YB Cikgu Johari menyampaikan ucapan mewakili PAS Kawasan Baling, Turut kelihatan Tn.Guru Hj Abd.Wahab Hassan, YDP PAS Kawasan Baling ( Tengah ) dan YB Dr.Hatta Ramli ( Kanan ). Lebih 3000 orang menghadiri majlis yang julung kalinya diadakan ini.

YB Dr.Hatta Ramli menyerahkan pelekat kereta HI-JAP kepada En.Zulkifli lshak ( Ketua Urusan Pengangkutan MTD Bayu ) sambil diperhatikan YB Cikgu Johari.

YB Dr.Hatta Ramli menyampaikan ucapan perasmian
Himpunan Jentera Pengangkutan PAS Kawasan Baling ( HI-JAP ) yang disertai 700 buah kenderaan.