Isnin, 2 April 2012

YB Rai Muslimat Pas Sg.Tembak

Program    : ucapan dalam usroh muslimat dan sumbangan kepada ahli muslimat.
Tarikh: 29 Mac 2012.
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Kg.Sg.Tembak, DUN Kupang.
Catatan        : Sebelum menyampaikan sumbangan kepada seorang ahli usroh muslimat Pas cawangan kg.Sg.Tembak yang baru balik daripada hospital kerana menjalani pembedahan jantung,YB dijemput bagi menyampaikan ucapan dalam usroh mingguan muslimat Pas cawangan tersebut.Turut sama dalam majlis tersebut adalah Ust.Abd Wahab Hassan, YDP Pas Kawasan Baling, Hj.Saedin Khamis, MKK Sg.Tembak.

YB Cikgu Johari memberikan ucapan dalam usroh mingguan muslimat Pas.


YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada seorang ahli usroh.

Lawatan Dan Sumbangan Kepada Pos SRS

Program    : Lawatan Dan Sumbangan Kepada Pos Skim Rondaan Sukarelawan ( SRS ).
Tarikh: 27 Mac 2012.
Masa: 10.00 Malam.
Tempat: Kg.Rambong Bt.7,DUN Bayu.
Catatan        : YB meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pos-pos kawalan SRS yang ditubuhkan oleh penduduk kampung berkenaan yang berjalan hampir setahun lalu untuk menjaga keselamatan penduduk dan kampung, Turut mengiringi YB ialah Cikgu Abd.Kadir Rani, S/U SKWAT, Ust.Ashri Abd.Rahman, S/U DPP Baling, En.Rosli Abu Bakar, S/U MTD Bayu dan MKK kampung-kampung terlibat.


Ust Hussin Md.Taib menyampaikan ucapan mewakili penduduk.

Bacaan doa untuk keselamatan kampung.

YB Cikgu johari berucap dalam majlis penyerahan sumbangan kepada pasukan SRS.