Selasa, 29 Januari 2013

NAIB PRESIDEN PAS RASMI PENUBUHAN CAWANGAN PAS KE 163 KAWASAN BALING

Program    : Penubuhan Cawangan Baru PAS Yang Ke 163 & Penyerahan Borang Permohonan Ahli PAS.
Tarikh: 28 Januari 2013.
Masa: 4.00 Petang.
Tempat: Kg.Padang Cina, DUN Kupang.
Catatan        : YB Dato`Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS Malaysia telah merasmikan penubuhan cawangan baru PAS bagi kawasan Baling yang ke 163 serta menerima 38 borang permohonan menyertai PAS di Kg.Padang Cina, Penyerahan borang menyertai PAS itu diwakili En.Ahmad lsmail ( MKK Kg.Padang Cina) yang juga selaku ketua penaja PAS cawangan tersebut, Kampung Padang Cina yang merupakan kubu kuat UMNO di DUN Kupang, Turut hadir meraikan detik bersejarah ini ialah Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan ( YDP PAS Kawasan Baling ), YB Cikgu Johari Abdullah ( TYDP PAS Kawasan Baling ), Ust Lutfi Ariffin ( Ketua Urusan Ulama`PAS Kawasan Baling ), YB Cikgu Hj Mad Zuki Yusof ( AJK PAS Kawasan Baling ) serta pimpinan PAS, Pemuda dan Muslimat kawasan Baling.

PENUBUHAN CAWANGAN PAS YANG KE 163 KAWASAN BALING

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir dimajlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS Kg.Padang Cina.

En.Ahmad lsmail berucap semasa perasmian cawangan baru PAS Kg.Padang Cina.

En.Ahmad lsmail menyerahkan borang permohonan ahli PAS kepada YB Dato`Hj Mahfuz Omar.

YB Dato`Hj Mahfuz Omar berucap merasmikan penubuhan cawangan PAS yang ke 163 kawasan Baling.

YB Dato`Hj Mahfuz Omar menyampaikan cenderahati kepada wakil sebuah keluarga yang menyertai PAS seramai 10 orang sambil diperhatikan YB Cikgu Johari Abdullah ( Kanan ).


Isnin, 21 Januari 2013

PERTANDINGAN MEMANCING REBUT HADIAH RM 60,000.00

Program    : Pertandingan Memancing Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah.
Tarikh: 20 Januari 2013.
Masa: 2.00 Petang.
Tempat: Kolam Memancing, Kelab Golf, Jitra.
Catatan        : YB Cikgu Johari dijemput ke majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing sempena hari keputeraan Sultan Kedah yang dianjurkan oleh Awang Kuala Samak, Kuala Ketil, Pertandingan yang menawarkan hadiah pertama RM 60,000.00, Kedua RM 10,00.00, Ketiga RM 5,000.00 serta hadiah wang tunai hingga tempat ke 40 itu menerima penyertaan seramai 1500 orang dari seluruh daerah.Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ini ialah lr.Zamri Yusof ( Ahli Lembaga Pengarah PKNK ).

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH.

Penerima hadiah cabutan bertuah tempat kedua menerima  sebuah peti ais.

lr.Zambri Yusof menyerahkan hadiah kepada seorang pemenang.

YB Cikgu Johari bergambar bersama pemenang hadiah utama pertandingan memancing.

lr.Zamri Yusof menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang dari DUN Kupang.

Pemenang hadiah pertama cabutan bertuah berupa sebuah TV.

YB Cikgu Johari mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan.

lr.Zamri Yusof menerima cenderahati daripada penganjur.

Hj.Zaiton yang dijemput memeriahkan pertandingan ini turut menerima cenderahati daripada penganjur.

YB Cikgu Johari menerima cenderahati daripada penganjur.

Sabtu, 19 Januari 2013

LAWATAN KE HOSPITAL BESAR PULAU PINANG

Program    : Lawatan Ke Hospital Besar Pulau Pinang.
Tarikh: 13 Januari 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Hospital Besar Pulau Pinang.
Catatan        : YB Cikgu Johari meluangkan masa menziarahi 3 orang pesakit dari kawasan Baling yang kini sedang menerima rawatan di hospital tersebut, Beliau yang bersama En.lshak lbrahim, AJK PAS Kawasan Baling turut menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung pesakit.

LAWATAN & SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG

YB Cikgu Johari menziarahi pesakit kanser Che Teh lsmail dari Kg.Mengkuang Tengah, DUN Kupang.

YB Cikgu Johari bertanya khabar kepada En.Ayob Yusof, MKK Kg.Tembak, DUN Kuala Ketil yang kini sedang menjalani rawatan akibat kanser mata.

YB Cikgu Johari mendengar sesuatu yang diperkatan En.Ramli dari Kg.Tanjung Merbau, DUN Kupang yang turut menjalani rawatan di hospital tersebut.

Khamis, 17 Januari 2013

EXCO KEBAJIKAN MELAWAT MANGSA KEBAKARAN

Program    : Lawatan Dan Sumbangan YB.EXCO Kebajikan Kepada Mangsa Kebakaran.
Tarikh: 14 Januari 2013.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Pekan Kuala Pegang.
Catatan        : YB Dato`Ustazah Hjh.Siti Ashah Binti Ghazali, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah meluangkan masa menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini, Beliau juga dibawa melawat sekitar kawasan kejadian serta sempat beramah mesra bersama penduduk sekitar, Turut mengiringi semasa lawatan ini ialah YB Cikgu Johari Abdullah ( ADUN Kupang ), Ust Hassan Saad ( S/U PAS Kawasan Baling ), Jawatankuasa PAS & Muslimat Kawasan Baling, En.Cheah Yew Hock ( MKK Komuniti Cina Pekan Kuala Pegang ), En.Zulkifli Mat Yatim ( MKK Kuala Pegang ), Hj Basri Man ( MKK Kg.Bkt.Hitam).

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali melawat sebuah kedai basikal yang terlibat dengan kebakaran.

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali dan YB Cikgu Johari tekun mendengar sesuatu yang diperkatakan mangsa kebakaran.


YB Cikgu Johari berucap dalam majlis ringkas sebelum penyerahan wang sumbangan kepada mangsa kebakaran.



YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa kebakaran.

YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa kebakaran.


YB Dato`Ustz.Siti Ashah Ghazali menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa kebakaran sambil diperhatikan YB Cikgu Johari.

Selasa, 15 Januari 2013

ADUN KUPANG SEGERA BANTU PADAM KEBAKARAN

Program    : Membantu Mangsa Kebakaran Premis Perniagaan Dan Rumah Penduduk.
Tarikh: 11 Januari 2013.
Masa: 12.30 Tengahari.
Tempat: Pekan Kuala Pegang, DUN Kupang.
Catatan        : Setelah menerima berita mengenai kebakaran yang sedang berlaku di Pekan Kuala Pegang, YB Cikgu Johari yang kebetulan baru selesai menziarahi kematian di Lubuk Kabu terus bergegas ke tempat kejadian, YB Cikgu Johari turut membantu orang ramai memadamkan api yang sedang marak sebelum ketibaan jentera bomba dan penyelamat.MKK Pekan Kuala Pegang dengan kerjasama penduduk setempat segera mendirikan khemah untuk membantu mangsa.YB Cikgu Johari cukup berbangga dengan sikap tolong menolong yang ditunjukkan oleh orang ramai yang sedia membantu memadam kebakaran tanpa mengira bangsa.

YB BERSAMA ORANG RAMAI MEMBANTU MEMADAM KEBAKARAN

YB Cikgu Johari terus menghubungi pihak berkuasa diketika api sedang marak

YB Cikgu Johari bersama orang ramai bertungkus lumus membantu memadam api.

Pasukan bomba bergegas membantu memadam kebakaran.
Pasukan bomba sukarela Kuala Pegang segera membantu.


Pelbagai golongan tanpa mengira kaum saling membantu memadam kebakaran.


YB Cikgu Johari berbincang sesuatu dengan En.Cheah Yew Hock, MKK Komuniti Cina Pekan Kuala Pegang ( Kanan ), En.Zulkifli Mohd Yatim, MKK Kuala Pegang ( Dua Kanan ) dan Hj.Basri Man, MKK Bukit Hitam ( Tiga Kiri ) bersatu tenaga untuk membantu mangsa kebakaran.

Isnin, 14 Januari 2013

SANTAI ANAK MUDA BERSAMA HAIRIE OTHMAN

Program    : Santai Anak Muda Bersama Selebriti Hairie Othman ( Pelakon Leftenan Adnan ).
Tarikh: 10 Januari 2013.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kolam lkan Awang, Kg.Kuala Samak, DUN Kuala Ketil.
Catatan        : YB Cikgu Johari menghadiri majlis santai anak muda bersama Selebriti Hairie Osman, Beliau yang juga Timbalan YDP PAS kawasan Baling turut mengambil peluang memancing ikan di kolam milik seorang aktivis PAS di kampung tersebut, Pada sebelah malamnya pula YB Cikgu Johari bersama Hairie Othman dan YB Ust lzzat Shauqi ( Timb.Speaker DUN Kedah ) berceramah di Dataran Nurul Hidayah Kg.Tembak, DUN Kuala Ketil.Kedua-dua program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya golongan muda.

SANTAI ANAK MUDA BERSAMA SELEBRITI

YB Cikgu Johari berucap dalam majlis santai anak muda bersama selebriti.

Selebriti Hairie Othman menceritakan pengalaman beliau sebagai artis dan kini bersama perjuangan PAS.
YB Cikgu Johari mengambil peluang memancing di kolam

Ust Hassan Saad, S/U PAS Kawasan Baling ( Kanan ) turut memerhatikan ikan yang berjaya dipancing YB Cikgu Johari.
INILAH HASILNYA !!! Mungkin itu yang diperkatakan oleh YB Cikgu Johari sambil diperhatikan Ust Hilmi Wahab ( Dua Kanan ) dan Cikgu Abd Kader Rani ( Kiri ).
GOTONG-ROYONG PERDANA PEMASANGAN PAIP BAM DI KG.LUAR, DUN BAYU.

11 /1/2013 ( 10.00 Pagi ) - YB Cikgu Johari melihat kerja-kerja gotong-royong perdana yang dianjurkan En.Ramli Hussin, MKK Kg.Luar bersama penduduk kampung.

Pelbagai golongan berganding bahu menjayakan program gotong-royong perdana yang julung-julung kali diadakan

PERASMIAN PAMERAN LUKISAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH KALI KE 22

Program    : Perasmian Pameran Lukisan Angkatan Pelukis Kedah ( APK ) Ke 22.
Tarikh: 10 Januari 2013.
Masa: 11.00 Pagi.
Tempat: Hotel D`Vista, Sg.Petani Kedah.
Catatan        : YB Cikgu Johari selaku Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah telah merasmikan pameran lukisan APK kali ke 22, Beliau yang menggantikan YB Dato`Dr.Hamdan Mohd Khalid yang menghadiri mesyuarat EXCO turut di bawa melawat lukisan hasil karya ahli APK, Sebanyak 50 lukisan dipamerkan di ruang hotel tersebut. Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Hj.Judin Hj.Ahmad ( YDP Angkatan Pelukis Kedah ), Dr.Hanif Hassan ( Pengarah Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia Cawangan Kedah ), YB Senator Shaiful Izham Ramli, Hj.lr.Zamri Yusof ( Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah ), En.Rosli Ahmad ( Pengurus Hotel D`Vista Sg.Petani ), Pensyarah dan Pelajar lnstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abd Halim Sg.Petani serta Ahli APK.

PAMERAN LUKISAN ANGKATAN PELUKIS KEDAH

YB Cikgu Johari meneliti sesuatu sebelum majlis perasmian pameran lukisan APK.
Hj Judin Hj Ahmad menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB Cikgu Johari.
Sebahagian daripada peserta yang menghadiri majlis perasmian pameran.
Hj Judin Hj Ahmad menerangkan sesuatu berkenaan lukisan hasil karya ahli APK kepada YB Cikgu Johari.

KREATIF !!! YB Cikgu Johari tertarik dengan hasil lukisan ahli APK sambil diperhatikan lr.Hj.Zamri Yusof
Ahli APK menjelaskan hasil karya beliau kepada YB Cikgu Johari.


ANTARA LUKISAN HASIL KARYA AHLI APK YANG DIPAMERKAN.