Isnin, 30 Julai 2012

AKTIVITI 10 RAMADHAN 1433H

Program    :Majlis Penyampaian sumbangan Kepada Guru Al Quran & Bidan Kampung Daerah Baling.
Tarikh: 30 Julai 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Masjid Al Makbud,Charok Bemban, Pulai Baling.
Catatan        : Seramai lebih 1200 orang guru Al Quran dan bidan kampung hari ini menerima sumbangan berupa wang tunai serta hamper daripada Kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan lslam Negeri Kedah ( YiKED ), Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah, Selesai menyampaikan sumbangan,YAB Menteri Besar Kedah berbuka puasa bersama penduduk di Masjid tersebut.

SUASANA SEKITAR MAJLIS SUMBANGAN GURU AL QURAN & BIDAN KAMPUNG DAERAH BALING 2012

Kakitangan Pejabat Daerah Baling sibuk dimeja pendaftaran

Sebahagian daripada penerima sumbangan memenuhi ruang Masjid.

YB Cikgu Johari menyambut ketibaan YAB MB Kedah

YAB Dato`Seri DiRaja Ust.Azizan Abd Razak sedang menyampaikan tazkirah Ramadhan

YAB Dato`Seri DiRaja Ust.Azizan Abd Razak sedang menyampaikan sumbangan kepada guru Al Quran


YB Cikgu Johari turut menyampaikan sumbangan kepada guru Al Quran



YB Cikgu Johari dan YB Cikgu Md Juki yusof ( Kanan ) mengiringi YAB MB Kedah ke meja jamuan berbuka puasa

YAB Dato`Seri DiRaja Ust.Azizan Abd Razak sedang berbuka puasa bersama tetamu dan penduduk.


AKTIVITI 9 RAMADHAN 1433H

Tarikh: 29 Julai 2012.
Catatan        : Setelah mendapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa 2 orang petugas di rumah anak yatim Al Wadi Kg.Guar Reban, Kupang, YB terus bergegas ke bilik mayat Hospital Baling untuk menemui waris mangsa yang sedang menanti ketibaan kedua jenazah tersebut..YB mengucapkan takziah dan menghulurkan sumbangan kepada waris-waris  mangsa.

BILIK MAYAT HOSPITAL BALING

YB Cikgu Johari turut membantu mengurus jenazah yang baru tiba di bilik mayat Hospital Baling.

YB Cikgu Johari bersama waris mangsa kemalangan maut.


Setelah selesai solat lnsyak berjamaah, YB Cikgu Johari bersama penduduk dan anak-anak yatim Al-Wadi sedang solat jenazah di Surau Anak Yatim Al-Wadi Kg.Guar Reban, Kupang.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK DI KG.PADANG CINA, DUN KUPANG

YB Cikgu Johari sedang berbuka puasa bersama penduduk di Surau Kg.Padang Cina, DUN Kupang.

Sabtu, 28 Julai 2012

AKTIVITI 8 RAMADHAN 1433H

Program    : Majlis Berbuka Puasa YAB.MB Kedah Bersama MKK Zon Selatan.
Tarikh: 28 Julai 2012.
Masa: 6.00 Petang.
Tempat: Perkarangan Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani.
Catatan        : Sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama YAB.MB Kedah dan MKK Zon Selatan, YB berkesempatan menziarahi Cikgu Abu Harith, Pengerusi U3B DUN Kupang yang sedang terlantar di Hospital Sungai Petani.



YB Cikgu Johari bertanya khabar kepada Cikgu Abu Harith sewaktu lawatan beliau di Hospital Sg.Petani

YAB Dato`Seri DiRaja Ust Azizan sedang menyampaikan tazkirah semasa majlis berbuka puasa bersama MKK Zon Selatan

Sebahagian daripada tetamu yang hadir sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh YAB MB Kedah.

AKTIVITI 7 RAMADHAN 1433H

Program    
Tarikh: 27 Julai 2012 Bersamaan 7 Ramadhan 1433H.
Masa
Tempat
Catatan        :



11.00 Pagi - YB Cikgu Johari melawat kematian seorang kaum lndia di Taman Abadi 2, Charok Nau, DUN Bayu, Turut mengiringi semasa lawatan ini ialah En.Rajendran, Pengerusi DHPP Baling

5.00 Petang - YB Cikgu Johari meluangkan masa turun ke Kg.Tas untuk menyerahkan sumbangan Kafalah kepada 2 orang waris masyarakat siam bagi DUN Kupang.

YB Cikgu Johari bersama Ust.Nawi lbrahim,Ketua UPU Kg.Charok salang ( Kanan) turut hadir semasa penyampaian sumbangan tersebut.

6.00 Petang - YB Cikgu Johari menghadiri mesyuarat MTD Kupang dan berbuka puasa di Surau Kg.Tanjung Langsat, DUN Kupang

Jumaat, 27 Julai 2012

AKTIVITI YB SEPANJANG RAMADHAN 1433H

Program    : Ziarah & Sumbangan, Berbuka Puasa & Solat Terawikh.
Catatan       : Pelbagai aktiviti disusun sepanjang bulan Ramadhan ini bagi menemukan YB dengan penduduk kampung, YB akan berbuka puasa dan solat terawikh di Masjid,surau serta markaz Pas.

MINGGU PERTAMA RAMADHAN 1433H

Selesai berbuka puasa YB Cikgu Johari terus bergegas ke Kg.Rambong Pulai untuk melawat rumah yang terbakar

YB Cikgu Johari bertanya khabar kepada pemilik rumah yang hangus terbakar

  
KG.ULU BAKAI, DUN KUPANG
YB Cikgu Johari berbuka puasa bersama penduduk di Madrasah Nurul Ehsan, Kg.Ulu Bakai, DUN Kupang



YB Cikgu Johari mengunjungi rumah penduduk untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima.

KG.SUNGAI LIMAU, DUN KUPANG
YB Cikgu Johari bersama Hj.Nawawi Ahmad, Bendahari Pas Kaw.Baling ( Kiri ) menyampaikan sumbangan di Kg.Sg.Limau, DUN Kupang


YB Cikgu Johari melihat keadaan kaki seorang Ajk Masjid Kg.Sg.Limau yang sakit.


YB Cikgu Johari menyantuni pelbagai golongan sewaktu program ziarah dan sumbangan.

Turut mengiringi YB Cikgu Johari dalam ziarah ini adalah En.Yusuf Ahmad, MKK Kg.Sg.Limau ( Kiri ).

Sumbangan diberikan tanpa mengira fahaman parti politik

YB Cikgu Johari berbuka puasa bersama penduduk di dewan Masjid Kg.Sg.Limau, DUN Kupang.

Isnin, 23 Julai 2012

MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH POKOK SENA


Program    : Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Pokok Sena.
Tarikh: 19 Julai 2012.
Masa: 10.00 Pagi.
Tempat: Perkarangan Masjid Kg.Nawa, Pokok Sena.
Catatan        :


SEKITAR PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH POKOK SENA
Para jemputan berada di pentas utama

YAB.MB Kedah berucap merasmikan Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Pokok Sena.

YAB.MB Kedah menyerahkan kerusi roda kepada seorang wakil penerima sambil diperhatikan YB Dato`Mahfuz Omar, MP Pokok Sena ( Kiri ).

YAB.MB Kedah menyerahkan wang Skim Kafalah Kedah kepada seorang waris.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima sambil diperhatikan MKK Kg.Kuala Lanjut ( Kanan )

   

Khamis, 19 Julai 2012

SUMBANGAN PENDIDIKAN KEPADA KELUARGA MISKIN ( e- SINAR )

Program    : Sumbangan Pendididkan Kepada Keluarga Miskin Bagi DUN Kupang & Bayu.
Tarikh: 18 Julai 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Dewan Kenangan Tun Abd Razak, Baling.
Catatan        : Lebih 1600 orang keluarga miskin yang mendaftar E-Sinar telah menerima sumbangan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah, Sumbangan yang pertama kalinya disediakan oleh kerajaan negeri ini memberikan RM100 kepada seorang pelajar dalam satu keluarga dan RM200 kepada keluarga yang mempunyai anak sekolah dua orang atau lebih, Majlis yang diadakan di dewan Tun Abd Razak ini mengabungkan 2 DUN.Turut hadir semasa majlis penyerahan sumbangan ini ialah En.Shaiful Anwar, Penolong Pegawai Daerah Baling dan Ust.Md Zuki Ahmad, Pengarah MTD Bayu.


SUMBANGAN PENDIDIKAN KELUARGA MISKIN E-SINAR

YB Cikgu Johari berucap semasa majlis penyerahan sumbangan pendidikan kepada keluarga miskin e-Sinar

En.Shaiful Anwar menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil diperhatikan Ust Md.Juki Ahmad ( Kanan ).


Sebahagian daripada penerima yang hadir memenuhi dewan


Penerima sumbangan beratur menunggu giliran untuk menerima wang tunai yang disediakan Kerajaan Negeri Kedah.

Selesai majlis di Dewan Tun Abd Razak Baling, YB Cikgu Johari terus menjalankan aktiviti ziarah dan sumbangan, Kali ini beliau melawat di Kg.Gabus, Pulai, DUN Bayu.


MALAM- CERAMAH UMUM DI PULAI, DUN BAYU
YB Cikgu Johari berucap semasa ceramah umum yang turut disampaikan En.Hu Phang Chaw dan YB Dr.Zulkifili Ahmad

Menjamu selera selepas majlis ceramah