Rabu, 23 Mei 2012

Ramah Mesra Bersama Penduduk & Serah Khemah

Program    : Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Khemah Kanopy.
Tarikh: 23 May 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kampung Charok Kapas, DUN Kupang.
Catatan        : YB telah meluangkan masa menghadiri majlis ramah mesra dan penyerahan khemah kanopy kepada penduduk kampung tersebut, Majlis yang berjaya menghimpunkan hampir seluruh penduduk itu turut dihadiri anak-anak muda, Selesai majlis tersebut YB dibawa melawat titi besi yang telah siap dibina untuk kemudahan penduduk setempat.

SEKITAR MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK KG.CHAROK KAPAS

YB Cikgu Johari memotong riben tanda perasmian penyerahan khemah kepada penduduk.

YB Cikgu Johari turut berucap kepada penduduk.

YB Cikgu Johari turut menyerahkan sumbangan kepada fakir miskin


Ramah Mesra Bersama Kaum Tioghua

Program    : Ramah Mesra Dan Sumbangan Bersama Masyarakat Kaum Tionghua.
Tarikh: 20 May 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Dewan Cina Kg.Dara, Sg.Tawar, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 38 orang kaum Tionghua di kampung tersebut diraikan dalam satu majlis ramah mesra bersama YB, Mereka juga menerima sumbangan daripada YB, Turut hadir dalam majlis ini adalah Cikgu Abd Kadir Rani, S/U SKWAT, En.Kham Theik Joo, MKK Pekan Kupang dan En.Suhaimi Bin Bali, MKK Kg.Dara.


YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada kaum Tionghua


YB Cikgu Johari berucap dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat kaum Tionghua.

YB LEPAS KONVOI MOTORSIKAL PEMUDA PEKAN MALAU.
  
YB Cikgu Johari berucap sebelum melepaskan pasukan konvoi motorsikal Pemuda PAS caw.Pekan Malau, DUN Kupang ke Pantai Merdeka.

YB Prihatin Masalah Rakyat

Program    : Melawat Mangsa Kebakaran Dan Menziarahi Mangsa Kemalangan Maut.
Tarikh: 19 May 2012.
Masa: 11.00 Pagi.
Tempat: Kg.Sedim & Kg.Ulu Bakai, DUN Kupang.
Catatan        : YB meluangkan masa menziarahi sebuah rumah di Kg.Sedim yang mengalami kebakaran dibahagian dapur, YB juga menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa, Selesai lawatan tersebut YB terus bergegas ke Kg.Tok Wey Ulu Seputih untuk menziarahi seorang penduduk maut di tempat kerja iaitu di Felcra Ulu Seputih, YB bersama penduduk kampung mendaki bukit dengan menaiki pacuan empat roda kerana jenazah masih berada di tempat kejadian.

YB MELAWAT RUMAH TERBAKAR DI KG.SEDIM

YB Cikgu Johari bersama En.Jamsari Ahmad, MKK Kg.Sedim melawat rumah yang terbakar
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada mangsa.

YB MENZIARAHI MANGSA KEMALANGAN MAUT DI TEMPAT KERJA

YB Cikgu Johari bersama penduduk kampung menziarahi jenazah Allahyarham Johari Hassan di Felcra Ulu Seputih.
YB MENAIKKAN BENDERA GERGASI DI KG.ULU BAKAI
YB Cikgu Johari bersama ahli PAS caw.Kg.Ulu Bakai menaikkan bendera gergasi.

Isnin, 21 Mei 2012

Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung

Program    : Ramah Mesra Dan Sumbangan Bersama Penduduk.
Tarikh: 18 May 2012.
Masa: 9.30 Malam.
Tempat: Kg.Bok Bak, DUN Bayu.
Catatan        : Majlis ramah mesra diadakan bagi mendekatkan penduduk dengan pimpinan Pas, YB juga mengambil peluang menyampaikan tazkirah serta menerangkan kemajuan kerajaan Negeri Kedah kepada penduduk disamping itu juga YB turut menyerahkan sumbangan kepada penduduk.


YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Sepetang Bersama Penduduk Kg.Tanjung

Program    : Ziarah Dan Sumbangan Kepada Penduduk.
Tarikh: 17 May 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Tanjung, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 11 orang penduduk di kampung tersebut telah menerima kunjungan YB bersama rombongan, YB meluangkan masa mengunjungi semua rumah yang dipilih menerima sumbangan khusus mereka yang sakit dan uzur. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ust Hassan Saad, S/U Pas Kaw.Baling, Ust Hilmi Wahab, Ketua Penerangan Pas Kaw.Baling dan penduduk.


SEPETANG BERSAMA PENDUDUK KG.TANJUNG
YB Cikgu Johari bersama Ust Hilmi Wahab ( Kanan ) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.


YB Cikgu Johari bersama Ust Hilmi Wahab dan Ust Hassan Saad ( Kiri ) bertanya khabar seorang penerima sumbangan.


YB Rasmi Hari Guru SMAYK

Program    : Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Sek.Men.Agama Yayasan Khairiah ( SMAYK ).
Tarikh: 16 May 2012.
Masa: 9.00 Malam.
Tempat: Dataran SMAYK, Kg.Pisang, Kupang.
Catatan        : YB telah diberi penghormatan dalam majlis sambutan Hari Guru 2012 yang disambut meriah di sekolah tersebut, Majlis ini diadakan serentak dengan Hari Ko Kurikulum, Turut memeriahkan sambutan ini ialah Ust Abd Rahman Yahaya, Pengetua SMAYK, Guru,kakitangan serta pelajar.

SAMBUTAN HARI GURU SMAYK 2012

YB Cikgu Johari menjamu selera bersama guru SMAYK

YB Cikgu Johari berucap merasmikan Sambutan Hari Guru SMAYK 2012

Sebahagian pelajar lelaki menghadiri majlis sambutan

YB Cikgu Johari bersama Ust Hj Abd.Rahman memotong kek

SUMBANGAN KEPADA PESAKIT TERLANTAR
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada wakil pesakit yang hadir bagi menerima sumbangan tersebut di pejabat SKWAT Kupang.

YB Kunjungi Masyarakat Siam

Program    : Ziarah dan Sumbangan Bersama Masyarakat Siam.
Tarikh: 15 May 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Padang, DUN Kupang.
Catatan        : YB melungkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk masyarakat Siam di kampung tersebut, Majlis ringkas ini diadakan di salah sebuah rumah seorang penduduk yang turut dihadiri En.Halim Shafie, MKK Kg.Padang.


YB Cikgu Johari menziarahi warga emas
YB Cikgu Johari berbincang sesuatu bersama En.Abd.Halim ( Dua dari Kanan) dan penduduk.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada penduduk


YB MELAWAT BENGKEL BESI YG ROSAK AKIBAT DIHEMPAP POKOK

YB Cikgu Johari melawat bengkel yang rosak di Kg.Kuala Balut, Kuala Pegang.


Isnin, 14 Mei 2012

YB Serah Kerusi Roda

Program    : Sumbangan Kerusi roda Dan Sumbangan Kepada Penduduk.
Tarikh: 13 May 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kg.Bok Bak, DUN Bayu.
Catatan        : YB menyerahkan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua dan YB juga turut menziarahi seorang warga emas di kampung tersebut.Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ust Hilmi Wahab (Ketua Penerangan Pas Kaw.Baling),En.Rajendran (Pengerusi DHPP Baling),Hj Yahaya (MKK kg.Tanjung Nering) serta beberapa orang penduduk kampung.


YB Cikgu Johari menyerahkan kerusi roda kepada seorang warga emas.


YB Cikgu Johari bersama Ust Hilmi menziarahi warga emas.

Sabtu, 12 Mei 2012

YB Rasmi Sukan PASTI Baling.

Program    : Pertandingan Bolasepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Baling.
Tarikh: 12 May 2012.
Masa: 12.00 Tengahari.
Tempat: Padang Awam KEDA Kupang.
Catatan        :PASTI Kawasan Baling menganjurkan perlawanan bolasepak dan bola jaring,lni merupakan acara tahunan sebagai persiapan bagi menyertai perlawanan acara tersebut diperingkat PASTI negeri, YB dijemput untuk penyampaian hadiah dan perasmian penutup acara ini.

YB Cikgu Johari berucap merasmikan sukan PASTI

Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian.

YB Cikgu Johari menyampaikan cenderahati kepada pengadil perlawanan.


YB Cikgu Johari menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diperhatikan Ust Osman Hamid, Ketua DPP Baling ( Kiri )


YB Cikgu Johari menyampaikan piala pusingan kepada guru PASTI yang menjurai acara ini.

AKTIVITI ZIARAH YB

Melawat seorang penduduk yang sakit akibat jatuh dari pokok.

Melawat seorang pesakit strok

Melawat pesakit yang menjalani pembedahan pada tempurung kepala.

Ahad, 6 Mei 2012

YB Serah Sumbangan Kepada penduduk

Program    :Ramah Mesra & Sumbangan Bersama Penduduk.
Tarikh: 6 May 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat: Kg.Dara, Sg.Tawar, DUN Kupang.
Catatan        : Majlis ramah mesra bersama penduduk di Kg.Dara mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung terlibat, Selain menyampaikan maklumat berkaitan kemajuan kerajaan Negeri, YB juga turut menyerahkan sumbangan kepada 29 orang penerima, Majlis yang diadakan di rumah seorang penduduk itu turut dihadiri Cikgu Abd.Kader Rani, S/U SKWAT, En.Suhaimi Bin Bali, MKK Kg.Dara, En.Md Hanafiah Abd Rahman, Ketua Pas UPU Ladang Sg.Tawar serta penduduk kampung.

En.Suhaimi Bali sedang berucap.

YB Cikgu Johari menjelaskan kemajuan Kerajaan Negeri kepada penduduk.

YB Cikgu Johari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Cikgu Abd Kader Rani (Kanan ) dan En.Suhaimi ( Kiri )




KENANGAN BERSIH 3.0