Khamis, 29 Mac 2012

Sepetang Bersama Penduduk Kg.Mengkuang Mentaling

Program    : Ziarah Dan Sumbangan Kepada Warga Emas Dan Uzur.
Tarikh: 25 Mac 2012.
Masa: 5.30 Petang.
Tempat: Kg.Mengkuang Mentaling, DUN Kupang.
Catatan        : Seramai 10 orang penduduk di Kg.Mengkuang Mentaling menerima kunjungan YB semasa lawatan ke kampung tersebut, Hadir sama semasa lawtan ini adalah En.Abd Rahman Lebai Taib, MKK Mengkuang Mentaling.

Sepetang Bersama Penduduk Mengkuang Mentaling







Kunjungan wanita lndia Kg.Dara ke Pejabat YB
YB Cikgu Johari merai wanita lndia yang mengunjungi beliau di pejabat SKWAT.

YB Rai Pemuda UPU Mengkuang

Program    : Perlawanan Bolasepak Persahabatan Pemuda UPU Mengkuang.
Tarikh: 24 Mac 2012.
Masa: 6.00 Petang.
Tempat: Padang Kilang Kopi Cap Gantang, Kg.Lanai, DUN Kupang.
Catatan        : Pas UPU Mengkuang telah menganjurkan perlawanan bolasepak persahabatan yang melibatkan 5 buah cawangan didalam UPU tersebut, YB telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan akhir disamping itu juga YB telah menyerahkan 2 biji bolasepak dan 2 biji bolasepak raga kepada pemuda di UPU tersebut. Turut memeriahkan majlis ini adalah Ust.Ashri Abd Rahman, S/U DPP Baling, Ust.Saedin Husain, Ketua UPU Mengkuang dan Ketua-ketua Pas cawangan dalam UPU Mengkuang.


YB Cikgu Johari menyerahkan bolasepak kepada wakil pemuda UPU mengkuang.


Isnin, 26 Mac 2012

YB Menziarahi Al Malak

Program    : Ziarah Dan Sumbangan kepada Al Malak.
Tarikh: 22 -23 Mac 2012.
Masa: 3.00 Petang.
Tempat: Kg.Lela, Kuala Pegang, DUN Kupang.
Catatan        : Mengenang jasa dan pengorbanan En.ldris lsmail yang merupakan petugas khususnya bahagian keselamatan pilihanraya, YB telah meluangkan masa untuk menziarahi serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi menghargai jasa-jasa mereka yang kini keuzuran.

22/3/12- YB Cikgu Johari menziarahi Al Malak bersama En.Mustaffa Abd Rauf, MKK Kg.Lubuk Kabu (kiri).
23/3/12- YB Cikgu Johari bersama ahli Pas cawangan Kg.Badang dalam majlis gotong-royong menyiapkan pembinaan markaz Pas cawangan tersebut.
YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada waris yang anaknya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Kg.Badang, DUN Kupang.

YB Menziarahi Pesakit

Program    :Menziarahi Dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Pesakit.
Tarikh: 21 Mac 2012.
Masa
Tempat
Catatan        :Walaupun tidak terlibat dengan jadual rasmi namun YB terus mengisi masa lapang yang ada dengan menziarahi pesakit setelah mendapat maklumat daripada MKK, Setelah selesai waktu pejabat YB terus berangkat ke Hospital Daerah Kulim untuk menziarahi Puan Khalijah Daud, Ajk DMP Baling yang terlantar akibat penyakit kencing manis.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada bapa pesakit.

11.00 Pagi- YB Cikgu Johari menziarahi seorang pemuda di Kg.Pisang DUN Kupang yang sakit hampir 2 bulan akibat kaki yang terkena mata mesin pemotong rumput.
6.00 Petang- YB Cikgu Johari bersama Ust Hilmi Wahab (kiri) menziarahi Puan Khalijah sambil diperhatikan Ust Wahab Junus (dua dari kanan) di Wad Hospital Kulim.

Ahad, 25 Mac 2012

Melawat Titi Runtuh & Pesakit Di Hospital Baling

Program    : Melawat titi runtuh
Tarikh: 20 Mac 2012.
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Kg.Kuala Kijang, DUN Kupang.
Catatan        : YB meluangkang masa melawat sebatang titi yang menghubungkan penduduk Kg.Kuala Kijang dan Kg.Mengkuang telah runtuh akibat hakisan sewaktu banjir yang berlaku baru-baru ini.YB akan membuat permohonan kepada pihak kerajaan negeri bagi membaiki titi tersebut, Hadir sama semasa lawatan tersebut adalah En.Majid Hj.Shaari, MKK Kg.Mengkuang dan penduduk.


YB Cikgu Johari melihat kesan hakisan

Titi yang menghubungkan penduduk hanya mampu digunakan motorsikal sahaja.

LAWATAN KE HOSPITAL DAERAH BALING

8.30 Malam- YB Cikgu Johari sambil diperhatikan En.Rajendran ( Kiri ) sedang mendaftar pada buku pelawat semasa lawatan ke wad di Hospital Daerah Baling.

Khamis, 22 Mac 2012

YB Melawat Pesakit kulit

Program    : Melawat Dan Menyerahkan Sumbangan Kepada Pesakit Kulit.
Tarikh: 19 Mac 2012.
Masa: 12.00 tghari.
Tempat: Kg.Tanjung Pari, DUN Bayu.
Catatan        :Seorang pelajar SMAR di kawasan Sik terpaksa bercuti panjang apabila beliau mengalami penyakit kulit yang serius, Menurut bapa pelajar ini pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mengubati penyakit yang ditanggung anak beliau hampir dua bulan lalu namun keadaannya masih tiada kesan untuk kembali sembuh. YB bersama Cikgu Abd.Kadir Rani, S/U SKWAT telah menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan kepada bapa pelajar ini.


YB Cikgu Johari melawat pesakit kulit.


Rabu, 21 Mac 2012

EXCO Kebajikan Melawat Mangsa Ribut

Program    : Lawatan Dan Sumbangan EXCO Kebajikan Kerajaan Negeri Kedah Kepada Mangsa Ribut.
Tarikh: 19 Mac 2012.
Masa: 5.00 Petang.
Tempat:Kampung Lanai & Kg.Sg.Tembak, DUN Kupang.
Catatan        : YB Dato`Ustz.Ashah Hj.Ghazali, EXCO kebajikan kerajaan Negeri Kedah telah meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada 53 keluarga mangsa ribut di DUN Kupang, Untuk kampung Lanai, majlis penyerahan sumbangan diadakan di pejabat MKK Kg.Lanai dan setelah YB EXCO bersama rombongan terus bergerak ke Kg.Sg.Tembak dengan diiringi konvoi motorsikal pemuda Pas cawangan tersebut, Turut hadir dalam lawatan ini adalah YB Cikgu johari, Ust.Mad Juki Ahmad, Naib YDP Pas Baling,Ustz.Che Tah Bakar, Ketua DMP Baling serta AJK, Ust. Hilmi Wahab,Ust.Ashri Abd.Rahman, S/U DPP Baling dan MKK daripada kampung-kampung yang terlibat dengan ribut.

KG.LANAI
YB Cikgu Johari bersama pimpinan DMP Baling.

YB Cikgu Johari sedang berucap.

YB Dato`Ustz Ashah sedang berucap kepada mangsa banjir.

YB Dato`Ustz Ashah menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut.




 
KG.SUNGAI TEMBAK
Konvoi bermotor pemuda Pas mengiringi rombongan EXCO ke kampung berkenaan.








Selasa, 20 Mac 2012

Majlis Dialog Bersama Penduduk

Program    : Majlis Dialog Bersama Penduduk Dan Ziarah.
Tarikh: 18 Mac 2012.
Masa: 5.00 petang.
Tempat: Kg.Charok Kapas & Bukit Hijau, DUN Kupang.
Catatan        : Satu majlis dialog diadakan bagi mendengar dan menjelaskan sendiri segala permasalahan daripada penduduk di dua buah kampung ini, Majlis yang berjalan dengan penuh mahabbah ini turut di hadiri semua pimpinan Pas cawangan dan MKK di dua kampung terlibat, Selesai majlis dialog, YB meneruskan aktiviti ziarah bagi menemui penduduk yang miskin dan uzur di sekitar Kg.Charok Kapas.


Sebahagian daripada penduduk yang hadir dalam majlis dialog.


YB Cikgu Johari sedang berucap semasa majlis dialog.

Cikgu Kadir, S/U SKWAT turut berucap.

YB Cikgu Johari menyerahkan sumbangan kepada wakil pemuda kampung.

YB Cikgu Johari turun padang menemui penduduk kampung yang miskin dan uzur.






9.30 Malam- Melawat kematian kaum Tionghua di hadapan balai polis Pekan Kupang.