Selasa, 26 Januari 2010

Mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat



Wakil YB Cikgu Johari, Adun Kupang hadir dalam mesyuarat Agung Bekalan Air Masyarakat Kg Caruk Kapas, Kupang

Rabu, 20 Januari 2010

TAKLIMAT CABUTAN HAK MILIK TANAH DUN KUPANG




Usaha yang berterusan Yb. Cikgu Johari membela rakyat.Kejayaannya mendapatkan hak milik tanah usaha penduduk Bok Bak,Kg Iboi,Kg Bukit Iboi dan Kg Bukit Hijau. Telah membuktikan beliau seoarang wakil rakyat yang perihatin.

LAWATAN KE EKSPO BELIA NIAGA


YB Cg. Jo, Adun Kupang bersama rombongan membuat lawatan ke gerai-gerai Ekspo Belia Niaga berdekatan dewan Kenangan Tun Anbdul Razak

MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM PADA 16.1.2010




Anak-anak adalah amanah Allah.Tanggungjawab kita memelihara dan mendidik anak-anak ke jalan yang diredhoinya. Begitulah perihatinnya YB Ciggu Johari Adun Kupang yang meraikan anak-anak yatim.Menjadi tanggungjawab dan amanahnya membela semua rakyatnya termasuk anak-anak yatim.

Isnin, 18 Januari 2010

Keutamaan kerajaan ialah membaiki paip air bukan tarif

Oleh: AMELIA HAHSIM

ALOR SETAR, 6 Januari: Kerajaan Kedah sekarang giat membaiki paip air yang rosak dalam usaha memberi perkhidmatan bekalan air yang memuaskan kepada rakyat.
Demikian diberitahu oleh Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

“Tiada tindakan selama 50 tahun pemerintahan dahulu, paip-paip yang bocor menyebabkan kerajaan menanggung kerugian kerana banyak air hilang,” katanya.

Hala tuju kerajaan sekarang adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat, termasuklah urusan perkhidmatan air untuk semua kawasan dan tambahan tangki akan dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk di satu-satu kawasan.

“Ini adalah tujuan utama pengkorporatan bekalan air yang diambil aleh oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) mulai Januari 2010,” tegasnya.

Tambah Menteri Besar itu, pengkorporatan berkenaan baru dilaksanakan pada Januari 2010 dan CEOnya (Ketua Pegawai Eksekutif) baru dilantik, Encik Azdmi Din sedang menyusun polisi kerjanya dan kenaikan tarif air seperti yang dihebohkan sepatutnya tidak timbul.

Selain itu, katanya, isu bekalan air bertekanan rendah dan tidak sampai kepada sesetengah pengguna adalah disebabkan perancangan pembangunan dahulu.

“Dulu dia buat untuk 100 ribu orang, sekarang apabila naik kawasan perumahan menjadi 300 ribu orang, tidak termasuk pembangunan lain pada satu kawasan, mana cukup air,” katanya.

MENYELESAI MASALAH AIR PENDUDUK



YB Cikgu Jo, Timb. YDP. PAS Baling bersama SADA menyelesai masalah air penduduk kampung Tandop Pisang, Parit Panjang, Kuala Ketil pada 18 Januari2010

CERAMAH YB CG JO DI KULIM

CERAMAH ISU PANAS


BANTAH CARA POLIS LERAI HIMPUNAN

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah), kesal tindakan pihak polis yang didakwa bertindak ganas dan kasar ketika menyuraikan himpunan mereka dihadapan bangunan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya Jumaat lalu.Selain mengecam tindakan itu, jurucakap Bantah, Mohd Ridzuan Othman turut mempersoal penangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin pelajar sedangkan dakwanya perhimpunan tersebut berlaku dengan aman."Bantah mengecam tindakan ganas dan kasar pihak polis yang menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Sdr. Shazni Munir sedangkan kekecohan ditimbulkan oleh pihak polis sendiri. "Adakah Malaysia sekarang sudah bertukar kepada negara kepolisan?," katanya dalam satu kenyataan.Jumaat lalu, Bantah dengan beberapa pertubuhan mahasiswa termasuk Pro-Mahasiswa Nasional dan 50 mahasiswa lain telah hadir ke KPT bagi menyerahkan memorandum mendesak kementerian memansuhkan pelaksanaan sistem undian elektronik atau E-Undi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.
(Gambar: Shazni Munir ditangkap dalam himpunan tersebut)
Kehadiran kumpulan mereka bagaimanapun bertukar kecoh apabila mereka berdepan arahan bersurai pihak polis yang membawa kepada penangkapan dua wakil pelajar dan seorang wartawan.Kejadian itu bagaimanapun berlaku selepas lima orang pimpinan mahasiswa berkenaan berjaya menghartar memorundum tersebut.Menurut Ridzuan, jika tekanan sebegitu dikenakan kepada mahasiswa, maka perundangan mana lagi yang wajar digunapakai memandangkan Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak berkumpul secara aman tanpa senjata dibenarkan. "Mahasiswa sebagai aset negara diperlakukan semacam ‘penjenayah tegar’ sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun. "Bantah kesal dengan tindakan tidak profesional polis di dalam himpunan mahasiswa!" katanya lagi.Jelasnya lagi, kejadian Jumaat lalu juga sewajarnya dipandang serius kerajaan Malaysia khususnya bagi memperbetul integriti pasukan polis agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

CERAMAH ANJURAN MTD KUPANG


Ahad, 17 Januari 2010

Ziarah pesakit di hospital Baling



YB Cg Jo bersama isteri dan ditemani Ketua Muslimat PAS Baling



YB. Cg. Jo, Timbalan YDP PAS Kawasan Baling bersama Naib YDP PAS Kawasan Baling menziarahi pesakit di Hospital Baling

Ceramah YB. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Ceramah Yb. Khalid Samad, ahli parlimen Shah alam yang akan diadakan di UPU Badang pada 19.1.2010, jam 9mlm. Jangan ketinggalan untuk hadir pastinya pelbagai isu yang akan dikupas. Ceramah dianjurkan oleh Urusan Penerangan MTD Kupang

Ceramah YB. Khalid Samad

Sahabat yg penuh cabaran


Yb Cg. Jo bersama YB Cg. Ki dan Ustaz Hj. abdullah Isa Bin Hamid

AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, pada aidilfitri yang lalu

KURSUS PENANAMAN PISANG DAN JAGUNG BERKUALITI




Kursus ini di adakan pada 29.12.2009 di ladanag Pisang Ustaz Yusuf Chemit. Anjuran Lajnah Pertanian PAS Kawasan Baling. Dengan kehadiran amat memberangsangkan dengan penyertaan 100 orang. Dan dirasmikan oleh YB Cikgu Johari Abdullah,ADUN Kupang merangkap Timb. YDP PAS Kawasan Baling

Khamis, 14 Januari 2010

NIK AZIZ MAKAN BERSAMA PADERI DAN SAMI BERSAMA

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.

“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum

Rabu, 13 Januari 2010

MEREDAH BANJIR


Banjir adalah bencana alam yang tidak boleh dielakkan. Namun ianya juga wajib dan tanggungjawab seorang YB

MENYELAMI HATI RAKYAT

WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT

MKK perlu jayakan matlamat jadikan Kedah ‘Belanda Timur’

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

SUNGAI PETANI - Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menyeru semua anggota Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) agar turut berperanan dalam usaha ke arah merakyatkan projek-projek pertanian di negeri ini kepada masyarakat.

Katanya, hasrat kerajaan negeri untuk muncul sebagai negeri pertanian utama atau ‘Belanda Timur’, memerlukan MKK lebih bermaklumat bagi merancang program ekonomi berasaskan pertanian kepada masyarakat kampung atau komuniti masing-masing.

Ujarnya, program ekonomi berasaskan pertanian tidak semestinya melibatkan kerja-kerja penanaman atau penternakan, tetapi boleh dijayakan juga dengan kerja mengurus dan memproses kedua sumber tersebut.

Disebalik fokus tersebut, tegas beliau, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan sama sekali kemajuan industri, kemodenan pembangunan dan perkembangan perkhidmatan sedia ada mahupun yang akan dimajukan, tetapi mahu lebih memberi penekanan di bidang pertanian memandangkan keperluan dan permintaan kepada makanan makin bertambah saban hari.

Menurut beliau, tambah nilai kepada hasil pertanian perlu diadakan dalam usaha mengurus dan memproses sumber yang ada.

Maka peluang tersebut, jelas YB. Dato’ Ir Amiruddin, perlu dikembangkan setiap MKK kepada masyarakat di bawahnya, memandangkan MKK berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dengan jabatan-jabatan kerajaan lain.

“Paling tidak, kita harapkan program ini untuk (tujuan) sara diri. Dari terpa (berkejar) ke pasar setiap hari, kurang-kurang laman rumah kita boleh kita manfaatkan untuk kegunaan sendiri,” ujar beliau menyuntik galakan dalam ucapan perasmian penutupnya pada Majlis Taklimat Kepada MKK di Institut Pengurusan Peladang, di sini.

Bagi merakyatkan projek pertanian dan membantu golongan petani kecil sekaligus mencapai hasrat menjadi ‘Belanda Timur’, kerajaan negeri katanya, mengambil tanggung jawab untuk memastikan kelancaran urusan pemasaran produk pertanian dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan dalam Daerah Kuala Muda.

Beliau turut menjelaskan mengenai galakan kerajaan negeri untuk rakyat memperkembang dan mempelbagaikan produk pertanian dengan menceburi industri hiliran.

Melanjutkan ucapan, beliau memaklumkan mengenai pembiayaan khas kerajaan negeri kepada rakyat negeri ini yang berminat menceburi penternakan ikan keli dan ikan talapia untuk dikomersilkan.

“Untuk (ikan) keli kita sedang siapkan ‘nukleus farm’ yang akan dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kedah dan diternak di dalam kanvas. Keli ni kunci kejayaannya ialah pasaran, benih dan pemakanan keli.

“Jadi pengalaman kejayaan yang telah kita tengok terletak pada benihnya, jadi kita akan bekalkan benihnya. Bila berjayanya program ni, kita nak merakyatkan projek ini di mana rakyat akan terlibat dan syarikat akan beli dari kita secara ‘contract farming’,” ujar beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, YB. Dato’ Ir Amiruddin sekali lagi mempertegaskan peranan MKK dalam membantu usaha pengembangan pertanian dengan mengambil inisiatif mengadakan pelbagai program atau kursus berkaitan pertanian melalui saluran dan hubungan dua hala bersama agensi berkaitan

Arkib Blog